Minta orang ramai sedekahkan Al Fatihah, Suhaimi Saad pergi menghadap illahi

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad pergi menghadap illahi pada pukul 7.40 malam Rabu i Hospital Sultan Ismail Johor Bharu. Berita sedih itu dikongsikan di akaun Instagram @munsyidmalaysia. Berdasarkan hantaran tersebut, pengelola akaun itu memohon agar orang ramai sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Suhaimi yang sudah pulang ke rahmatullah. “Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga. Al fatihah.. Terdahulu, ketua kumpulan In-Team iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid mengesahkan mengenai kesihatan Suhaimi yang merudum dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Difahamkan Suhaimi sudah pun berada di sebuah hospital di Johor Bahru, sejak Jumaat lalu. Terdahulu, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version