Teruk kena kritik dengan warganet pasal trend Nisa Ai, tak boleh berdiam sekali ini respon tuan badan

Trend yang menarik di platform media sosial seperti Instagram dan TikTok memang mudah diikuti oleh orang ramai. Namun begitu, ada trend yang boleh dibuat dan ada juga trend yang patut dihentikan jika ia sudah melampau. Baru-baru ni, pempengaruh yang dipercayai merupakan pencipta trend ‘Nisa Ai‘ telah perjelaskan isu di sebalik trend viralnya di TikTok. Dalam video itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai Nisa yang juga merupakan seorang talent yang bekerja di bawah Youtuber terkenal, Alieff Irfan.

Menurutnya, dia tak sangka video menari yang dibuat sekadar untuk berseronok saja menjadi viral di TikTok. “Video itu trending disebabkan saya yang post. Dan saya pun tak sangka video itu boleh se-trending itu.” Tambahnya lagi, komen ‘tak boleh lawan Nisa AI‘ bermula apabila ada orang yang cuba tiru trend yang sama untuk tujuan marketing. Dari situ, ramai warganet mula komen sedemikian bila ada pengguna media sosial yang lain cuba meniru aksi Nisa itu. Akan tetapi, dia turut mengatakan bahawa trend itu menjadi semakin melampau apabila komen itu dihantar dalam video-video yang sensitif.

“Kenapa dekat video-video yang sensitif seperti video orang pergi menghadap illahi, ceramah ustaz dan video pasal Palestin, korang macam tak ada common sense langsung.” Bukan itu saja, komen itu turut dilemparkan oleh semua lapisan masyarakat yang kebanyakannya datang daripada golongan remaja. Pada masa yang sama, dia menerima teguran warganet dengan hati yang terbuka. Namun begitu, Nisa turut menegur orang ramai supaya tidak ambil kesempatan atas isu ini sebagai tujuan marketing bagi menaikkan nama mereka. “Awak tegur saya sambil pegang produk, makanan, make-up dan sebagainya dengan mengatakan yang trend ini tak bagus.”

Pada akhir video, Nisa mengharapkan warganet supaya menghentikan komen sedemikian kerana dikhuatiri dapat memburukkan nama dia dan juga team Alieff Irfan. Mohon korang hentikanlah trend yang tak bermanfaat ni ye. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version