SELEPAS 15 tahun menghilangkan diri, penyanyi Waheeda mengumumkan bakal membuat kemunculan semula dalam industri muzik tempatan. Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 45, berkata, dia bukan sahaja bakal tampil dengan lagu terbaharu tapi sedang merangka beberapa projek memperlihatkan dia sebagai komposer, pemuzik dan pencerita. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini mendedahkan sepanjang tempoh ‘berehat’ dia banyak menghabiskan masa dengan belajar pelbagai alatan muzik seperti biola selain memantapkan kemahiran bermain piano.
“Ini adalah antara instrumen penting yang sentiasa menjadi penyeri dalam lagu yang disulam dengan rentak dan bunyi moden,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu. Dalam pada itu, Waheeda berkata, pada tahun depan dia bakal menghasilkan lagu baharu yang menampilkan kerjasama dengan beberapa vokalis terbaik di Malaysia. Katanya, peminat yang merinduinya boleh menjangkakan kemunculan single berkenaan pada suka pertama 2024.
“Saya kini sedang berbincang untuk berkolaborasi dengan beberapa penyanyi yang berada dalam carta… Peminat boleh menjangkakan dapat mendengar lagu terbaru itu awal tahun depan,” ujarnya. Bagi memastikan kariernya berjalan lancar, Waheeda memberitahu karier seninya kini diuruskan oleh Skyson PR dan berharap projek kemunculan semulanya dapat diterima baik peminat. Untuk rekod, Waheeda memulakan karier pada 2002 dengan lagu duet Musytaqun bersama Yasin Sulaiman sebelum mencipta fenomena menerusi lagu Wassini pada 2003.
Lagu berkenaan bukan sahaja mempopularkan nama Waheeda tetapi ia turut memenangi kategori Irama Malaysia di Anugerah Juara Lagu (AJL) 2003. Penyanyi itu kemudiannya menghasilkan album pertamanya Binafsha pada tahun 2004 yang dicalonkan untuk Artis Baru Terbaik dan Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik. Dia juga pernah mewakili Malaysia di festival Voice of Asia di Kazakhstan pada tahun 2004 dan berjaya meraih tempat ketiga. Bagaimanapun, Waheeda mengambil keputusan untuk berehat seketika dari kerjayanya dalam industri muzik pada tahun 2009 selepas berkahwin dengan penyanyi dan penceramah terkenal, Akhil Hayy.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.