ISTERI kepada penyampai radio Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan beg tangan mewah miliknya adalah daripada hasil titik peluh sendiri tanpa mengharapkan wang suami. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, ia merupakan salah satu cara dia memberikan ganjaran terhadap kerja keras yang dilakukan selama ini. Malah, Watie turut menjawab pertikaian warganet berkenaan cara pemakaian dirinya dan anak-anak Shuib.
“Bab aurat saya tahu mungkin saya ada banyak kekurangan. Tetapi kalau soal beg mahal, maaf nak cakap saya beli 100 peratus semua dengan pendapatan sendiri. Itu adalah cara saya nak reward diri saya. Bab pakaian anak itu adalah cara saya dalam menguruskan rumah tangga… Saya harap awak dapat terima penjelasan saya,” katanya. Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, Watie menggayakan sebuah beg tangan mewah berwarna jingga yang menarik perhatian warganet.
Isteri kepada penyampai radio itu mengucapkan tahniah kepada suaminya atas kejayaan membuka sebuah lagi cawangan Bubble Bee yang diusahakan. Pun begitu, hantaran tersebut menerima komen warganet mempersoalkan gaya hidupnya yang mewah berbanding isteri pertama Shuib iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. Tidak hanya itu, warganet turut menyelar gaya pemakaian Watie yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna.
“Maaf kata, kalau arwah Siti Sarah dulu pakai tudung tutup dada, tak beli beg mahal, tak perlu satu keluarga pakai baju sama… tapi hak pekerja di akhirat dititikberatkan. Betul awak (Watie) nak majukan perniagaan Shuib tapi salah caranya. Maaf saya menegur ya,” komen warganet. Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Allahyarham isterinya Siti Sarah yang pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.