Zaiton Sameon harap masih dapat undangan nyanyian, syukur sekarang terima bantuan zakat bulanan

Penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon meluahkan rasa syukur apabila urusan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Selangor (PZS) selesai. Menurut laporan Harian Metro, Zaiton juga berharap dia dapat menerima undangan nyanyian kerana menganggap nyanyian adalah sumber pendapatannya. “Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah di atas rezeki ini. Saya hanya mampu bersyukur selepas kesusahan hidup dialami disuarakan dan semoga ada tawaran menyanyi juga.

“Saya ingin terus menyanyi kerana ia sumber pendapatan utama, namun buat masa sekarang, tidak ada tawaran undangan yang diterima lagi. Apapun, saya percaya pada rezeki Allah buat saya. Kini, saya masih menunggu jawapan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) menerusi Rumah Selangorku yang ditawarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada saya,” katanya. Tambah Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan ini lagi, dia pernah membuat permohonan bantuan rumah PPR tahun lalu kerana berasa layak menjadi penerima.

“Saya pernah memohon rumah PPR di sekitar Kuala Lumpur pada tahun lalu, tapi sampai sekarang tiada jawapan dan saya masih terus menunggu. Begitu juga, jawapan pihak berkenaan yang menawarkan Rumah Selangorku pun belum memberi maklum balas terkini,” katanya. Terdahulu, Zaiton menerima bayaran pencen bulan pertama, RM500 daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), dua hari lalu yang dipimpin Pengerusinya, Datuk DJ Dave. September lalu, Zaiton meluahkan kisahnya yang memerlukan bantuan kewangan bulanan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup dihadapi kerana kekurangan tawaran menyanyi.

Tragedi hitam menimpa Zaiton setelah kehilangan satu-satunya anak tunggal dalam kejadian dengan sebuah lori pada Februari 1990. Susulan daripada itu, dia telah mengalami gangguan emosi yang teruk hingga mengakibatkan daya ingatannya terjejas. Ramai juga mendoakan agar penyanyi tersebut diberikan kesihatan yang baik agar terus dapat menghiburkan peminat. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version