Ramai yang tuduh Aisar Khaled tipu ramai orang, siap janji nak buat tour untuk bagi hadiah pada pemenang lagi

Pempengaruh, Aisar Khaled janji buat tour rumah ke rumah untuk memberikah hadiah kepada para pemenang yang masuk ke dalam siaran langsung TikTok miliknya bagi merebut hadiah cabutan bertuah yang dibuat sebelum ini. Hal ini susulan ada dakwaan mengatakan yang pempengaruh tersebut telah menipu ramai orang memandangkan meminta para penonton live miliknya tinggalkan komen agar dapat dipilih secara rawak nanti. Susulan daripada itu, Aisar yang memang terkenal dengan pelbagai kontroversi meminta orang ramai supaya faham apa yang dilakukan di live media sosial adalah caranya dan sudah tiga tahun melakukan hal tersebut.

“Awak kena faham, ini cara saya dengan komen “saya nak” dekat video ke atau dekat live ke ini adalah cara saya. Tiga tahun dah saya buat macam ni. Sebelum ni tak ada pun apa-apa masalah. Jadi disebabkan ini, ramai yang panas, sebagai bukti hari ini saya akan pusing satu Malaysia untuk berkongsi rezeki kepada sesiapa yang komen ” Nak” pada video saya sebelum ini. Saya buat video ni bukan nak kena kecam, saya dah buat macam ni dah lebih tiga tahun.”

Jadi, disebabkan hal tersebut dia bakal melakukan ‘tour’ satu Malaysia untuk memberikan pelbagai hadiah cabutan bertuah kepada warganet yang meninggalkan komen ke media sosial miliknya. “Saya pusing satu Malaysia ni sebab nak gantikan event yang sepatutnya saya buat pada 30 haribulan tetapi tidak mendapat kelulusan memandangkan masa terlalu singkat. Jadi saya pilih untuk bagi rumah ke rumah. Ada motor, ada TV, ada Iphone dan macam-macamlah. Awak pun tahu kan apa yang saya buat,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, masih ramai yang meragui tawaran yang dibuat oleh pemuda berusia 23 tahun itu kerana sudah lama mengikutinya di media sosial namun belum lagi bertuah mendapatkan hadiah-hadiah yang diperkatakan. Walau bagaimanapun, masih ada yang percaya dan meninggalkan komen “saya nak’ seperti disuruh pempengaruh berkenaan bagi mendapatkan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah mewah tersebut.

Terdahulu, pemilik nama sebenar, Aisar bin Khaled Kamel telah menawarkan kereta jenis BMW miliknya untuk diberikan kepada mereka yang bertuah sewaktu membuat live di aplikasi TikTok. Disebabkan itu, ramai yang tidak berpuas hati kerana merasakan apa yang ditawarkan olehnya hanyalah penipuan memandangkan belum ada pemenang yang menerima hadiah-hadiah hebat tersebut.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version