Pada Sabtu lalu, penyanyi kelahiran Indonesia, Bunga Citra Lestari telah sah bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana yang diadakan di resort mewah Bali. Terbaharu, adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah Sinclair, berkongsi sebuah ucapan khas untuk kakak iparnya, Bunga Citra Lestari dan suami. Menerusi hantarannya di Instagram, Aishah mendoakan yang terbaik untuk Bunga dan berharap agar dia dapat mencari kebahagiaan semula selepas abangnya pergi menghadap illahi.
Dalam pada itu, pengacara berusia 43 tahun itu berharap agar lelaki yang menjadi suami Bunga bukan sahaja dapat menjadi bapa yang penyayang kepada Noah, malah dapat menerima keluarga Sinclair sebagai sebahagian daripada hidup Bunga. “Doa saya untuk kakak saya @itsmebcl yang cantik adalah suatu hari nanti untuk mencari cinta dan kebahagiaan semula, tetapi saya berdoa agar dia menjadi seseorang yang bukan sahaja menjadi teman sokongan kepada Bunga, bapa yang penyayang kepada Noah, tetapi dia akan menerima kami sebagai sebahagian kehidupan Bunga.
Menurut Aishah, dia yakin Tiko adalah yang terbaik buat Bunga dan dia turut mengucapkan terima kasih kepada Tiko kerana menyayangi keluarga Sinclair. “Dan @tikotiki seperti itu. Dari hari pertama kami bertemu, awak telah menunjukkan kepada kami betapa hebatnya awak. Saya sangat gembira mempunyai awak dalam keluarga kami Tiko. Terima kasih kerana bukan sahaja menyayangi Bunga dan Noah, tetapi juga menyayangi kami Sinclair yang lain. Sekadar info, suami kepada BCL iaitu arwah Ashraf Sinclair pergi menghadap illahi pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Untuk rekod, BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.