Tengah hangat pasal kisah rumahtangga, adik tampil jelaskan motif Alif teega nak hapuskan bukti dashcam

Adik pempengaruh Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam tampil memberi penjelasan berhubung bukti dashcam kereta yang cuba dikhabarkan menjadi salah satu punca personaliti media sosial, Alif Teega naik tangan kakaknya itu. Menerusi ruangan komen dalam hantaran di Instagram, Amirul berkata kakaknya mahu mengambil memory card dashcam kereta tersebut kerana yang dipercayai mempunyai bukti-bukti hubungan mesra Alif bersama isteri kedua, Fatin Umaidah Ramli. “Sebenarnya dashcam bukan nak cakap pasal kena pkl dalam kereta ke apa.. dashcam ni cerita dia Aisyah hanya nak tahu isi dashcam.

She decided to take the memory card dashcam tu then bila Alif naik kereta tu, nak sampai office dah terus perasan dashcam kereta keluar tanda no memory card. Kereta tu pula selalu dibawa Alif or kemungkinan perempuan tu juga.. Sanggup patah balik ke rumah dan confront Aisyah sebab nak tahu sekiranya Aisyah ada ambil memory card dashcam tu. Mula la selepas itu sesi angkat tangan from that guy (Alif),” tulisnya.

Sebelum ini, heboh di platform media sosial berhubung konflik rumah tangga Alif dan Aisyah lebih-lebih lagi selepas tular laporan perubatan dipercayai dikasari oleh suami serta rakaman suara mereka seakan sedang bertengkar. Keadaan menjadi lebih rumit apabila tular rakaman suara Aisyah memberi amaran kepada suaminya Alif kerana dipercayai mengasarinya dihadapan anak mereka, Khadijah. Terdahulu, rumah tangga mereka hangat menjadi sebutan di media sosial selepas Alif mengakui telah mengahwini buat kali kedua bersama pekerjanya, Fatin Umaidah.

Kemudian, satu persatu konflik rumah tangga mereka mula tersebar di platform media sosial antaranya perincian pernikahan Alif dan Fatin yang dipercayai berlangsung di pejabat agama Songkhla, Thailand. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version