Pelakon jelita, Anna Jobling mengakui bahawa dia merasa takut untuk berkahwin disebabkan oleh kes crng yang semakin meningkat pada masa ini. Menerusi hantaran di akaun cutiepatootie.cp Anna Jobling atau nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, membuat pengakuan tersebut ketika hadir sebagai tetamu bagi sebuah podcast. Pelakon berusia 23 tahun itu turut mendedahkan dia pernah dicurangi dengan lelaki yang sama beberapa kali. Klik sini untuk lihat video.
Bagi Anna, dia yakin bahawa setiap wanita berhak mendapat kesetiaan dan tidak seharusnya ada alasan bagi seseorang untuk melakukan curang. “Ini yang buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya single tapi gembira daripada kahwin selepas itu sakit hati. Saya pernah kena curang beberapa kali. Saya pun terfikir macam mana boleh kena curang, bukan hanya saya tapi kepada wanita lain diluar sana. Tiada alasan untuk curang”
Dalam pada itu, Anna juga memberitahu bahawa dia lebih selesa untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai kehidupan peribadinya, malah akan membiarkan orang membuat andaian mengenainya. “Saya suka macam tiada siapa tahu semua hal tentang hubungan peribadi saya. Begitulah saya suka menyimpannya. Saya tidak akan cerita semua benda dekat orang. Kalau orang nak buat andaian, teruskan saya tak akan cakap apa-apa tapi kalau awak akan nampak bodohlah sebab buat andaian sendiri. Tambah pelakon drama ‘Melur Untuk Firdaus’ itu, dia tidak menyukai lelaki yang suka berpura-pura di hadapannya. “Saya paling benci kalau orang hipokrit, awak tak boleh buat itu ini tapi sebenarnya dia yang buat.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.