BAPA mentua kepada usahawan Datuk Aliff Syukri iaitu Mohd Rashid Abas dilaporkan pergi menghadap illahi pada pagi Khamis. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata dia menerima khabar tersebut sekitar pukul 4 pagi. “Pagi ini saya dan isteri saya dikejutkan 4 pagi berita pemergian bapa mentua kesayangan saya di Sungai Layar Kedah. “Bapa mentua saya sakit jantung, pergi menghadap illahi di rumah. Sekarang saya masih lagi dalam perjalanan ke sana,” katanya ketika dihubungi. Klik sini untuk lihat video.
Menurut Aliff jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar Sungai Petani Kedah pada Khamis. “Doakan arwah ayah mentua saya Mohd Rashid Abas ditempatkan di kalangan orang beriman. “InsyaAllah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar Sungai Petani Kedah pada hari ini,” ujarnya. Sementara itu dalam perkongsian di Instagram pula, Aliff berkongsi dirinya menangis kesedihan sambil bersiap untuk pulang ke Kedah.
Malah dia juga sempat berkongsi beberapa momen gembira bersama arwah yang telah dianggap sebagai ayah kandung. “Ayah… Kri (Aliff) sayang dekat ayah macam abah Kri sendiri,” luahnya. Sementara itu, Nur Shahida pula memaklumkan bapanya itu pergi menghadap illahi semasa sedang menunaikan solat dan masih mengenakan kopiah semasa ditemui. “Ayah saya pergi ketika sedang solat dan kopiah masih di kepala. Mudah sangat Allah jemput dia. Tak ada sakit pun,” kongsi di Instastory.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.