KETIKA semua pihak masih bersedih dan buntu tentang motif pembnhn Zayn Rayyan Abdul Matiin, timbul pula cerita tidak baik berkaitan salasilah anak autism itu. Di media sosial, warganet berteka-teki tentang identiti sebenar bapa kandung kanak-kanak malang itu berdasarkan maklumat peribadi yang ditularkan. Enggan membiarkan perkara itu terus berlarutan, bapa kanak-kanak itu iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 28, akhirnya bersuara. Ujar Zaim, dia bukanlah bapa tiri kepada anak syurga berkenaan seperti yang didakwa banyak pihak.
Sebaliknya tegas Zaim, Zayn Rayyan adalah anak kandungnya hasil perkongsian hidup dengan isteri, Ismanira Abdul Manaf, 28. “Arwah memang anak kandung saya. Dia tiada bapa tiri. Zayn Rayyan memang anak saya,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Sebelum ini tular dakwaan kononnya Zaim bukanlah bapa kandung Zayn Rayyan hanya berdasarkan nama penuh kanak-kanak itu. Namun Zaim berharap perkara itu tidak perlu dijadikan isu kerana dia dan isteri serta ahli keluarga yang lain masih bersedih dengan kehilangan Zayn Rayyan.
“Apa yang saya boleh cakap dia (Zayn) adalah anak kandung saya. Berkenaan isu yang saya ni adalah bapa tiri Zayn, ia tak tak benar,” tegasnya lagi. Mengulas tentang kes, Zaim berkata dia sekeluarga berdoa dan terus berharap agar pihak polis dapat menjejaki pembnh anaknya dengan segera. Pada Selasa malam, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa keluar dua kotak besar selepas selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor.
Difahamkan ia berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembnhn kanak-kanak istimewa yang mayatnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartment itu pada 6 Disember lalu. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pemeriksaan rumah ke rumah yang dibuat pada Selasa bertujuan untuk mengumpul bahan bukti yang boleh membantu siasatan kes. Untuk rekod, pemergian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecdrn pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Myt Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira pukul 10 malam. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.