Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi Syada Amzah menyanyikan semula (cover) sebuah lagu Arab yang berjudul Kalam Eneih mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Terbaharu, menerusi video temu bual bersama sebuah syarikat rakaman, Syada ditanya adakah menyesal bergelar seorang penyanyi, dia menyatakan bahawa ia sebuah anugerah. Malah, dia diberi gelaran ‘radio bergerak’ kerana gemar menyanyi sejak usia empat tahun lagi. “Tak. Tuhan dah anugerahkan. Saya memang suka nyanyi… orang panggil saya radio bergerak. Jadi, tak menyesal lah.
Saya nyanyi dari umur empat tahun. Macam mana nak menyesal? Umur empat tahun tu tak pernah fikir lagi,” jawab Syada. Adik kepada penyanyi Shila Amzah ini juga sering menyanyikan semula lagu penyanyi lain di Instagram dan Twitter dengan menggunakan tanda pagar #cadasings. Untuk info, Syada memulakan kerjaya nyanyian sejak berusia 10 tahun menerusi sebuah rancangan realiti Idola Kecil pada 2008. Kemudian, dia turut menyertai rancangan realiti nyanyian Big Stage Musim 2 namun tersingkir pada minggu kelima.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.