Selalu kena kritik dengan warganet, Datuk Aishah akui dah tak nak sertai pertandingan realiti

Demi menjaga kesihatan mental, penyanyi Datuk Aishah memberitahu dia tidak mahu lagi menyertai pertandingan realiti nyanyian kerana sudah penat menerima kritikan warganet. Menerusi laporan BH Online, Aishah berkata dia mahu memberi fokus kepadat ibadat dan memenuhi undangan nyanyian sahaja. “Saya fikir tidak mahu masuk lagi (pertandingan realiti nyanyian). Saya mahu buat ibadat, macam orang cakap, sudah-sudahlah sebab sudah tua. Apa yang saya perasan daripada kritikan yang diberi, seolah-olah beransur tua ini adalah perkara berdosa.

Kita tiada lagi hormat kepada orang yang berusia daripada kita. Bagi saya, saya hendak lawan satu-satu pun penat. Saya sudah sampai tahap, kalau dalam keadaan toksik, saya buang toksik itu. Saya mahu tenang. Sekarang media sosial ada kebaikan dan keburukan. Kebaikannya, kita dapat berhubung secara terus. Namun, keburukannya, ia memberi hak kepada manusia untuk kata apa saja hingga hilang adab dan sebagainya.” Tambah Aishah, dia meletakkan status privasi kepada akaun media sosialnya bagi menyekat warganet yang mempunyai pemikiran negatif.

“Saya tidak akan terima sikap orang biadap. Saya juga tidak akan menormalkan perkara itu. Kehidupan saya sekarang, saya tak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa. Saya sedar kita lawan macam mana pun, ada sahaja yang tidak betul bagi ‘haters. Jadi, tidak mengapa tiada jutaan pengikut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version