“Saya dan Syafiq dalam keadaan yang baik, tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya,” begitulah kenyataan yang dikongsikan oleh aktres Mimi Lana apabila ditanya mengenai video makan malam bersama pelakon Syafiq Kyle yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet. Mimi berkata, pertemuan makan malam itu berlaku selepas mereka sama-sama menghadiri acara malam gala filem War On Terror: KL Anarki yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
“Saya dan Syafiq… macam itu lah. Kita keluar makan selepas kita menghadiri majlis malam gala filem War On Terror: KL Anarki. So, selepas itu kita pergi makan,” katanya ketika ditemui Gempak pada sesi fotografi promosi drama Framed di Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.
Diminta mengulas mengenai perkongsian putus yang dimuat naik di Instagram, Mimi berkata, hantaran merupakan satu perkongsian bersifat umum. “Posting adalah tentang general. Bila putus cinta benda tu memang sakit. So, saya seorang yang suka menulis daripada dulu lagi. Cuma sometimes, saya hanya ingin berkongsi with everyone tentang rasa putus cinta. “Because I have been through that. Saya rasa apa yang saya cakap tu mungkin sedikit sebanyak boleh bantu orang di luar sana yang berdepan dengan situasi yang sama,” katanya lagi.
Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu. Namun, perkahwinan mereka dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.