2 bulan tak boleh buat kerja berat, Ebby Yus selamat buat pmbdahan masukkan perentak jantung

PELAKON dan pelawak Ebby Yus selamat menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Khamis lalu. Berkongsi perkembangan terkini, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, memberitahu dia kini sedang berehat di rumah selepas dibenarkan pulang kira-kira dua hari lalu. “Alhamdulillah saya sedang beransur pulih sebab baru keluar hospital, sekarang ini sedang berehat di rumah sebab dalam masa seminggu ini memang kena jaga lebih sikit.

“Tangan kiri tidak boleh angkat tangan terlalu tinggi… ada benda yang saya tak boleh buat lagi sekarang ini,” katanya ketika dihubungi. Menurut Ebby lagi, dia kini dijaga oleh pengurus sehinggalah keadaan kesihatannya benar-benar sudah pulih. Kata Ebby, dia mengalami beberapa kesan selepas operasi antaranya kesukaran untuk tidur kerana kurang selesa dengan tubuhnya.

“Keluar dari wad operasi itu, malam memang saya tak boleh tidur. Walaupun bukan operasi yang besar tapi bila masukkan barang dalam badan kita nak serasi memang ambil masa sikit,” katanya lagi. Dalam pada itu, Ebby memberitahu dia perlu berehat sekurang-kurangnya tiga bulan bagi memastikan tubuh badan pulih seperti sedia kala. Malah, dia sudah membuat persediaan awal dengan menolak sebarang tawaran lakonan ketika ini, namun bakal kembali beraksi dalam program Sepahtu pada Januari depan.

“Kalau ikut doktor sebaiknya dua atau tiga bulan (berehat) tapi selepas tiga minggu dah boleh buat kerja sikit-sikit tapi bukan yang terlalu berat. Banyak benda yang nak kena jaga… semua okay cuma pergerakkan sedikit terhad sebab ada wayar nak kena jaga takut tercabut. Saya mungkin tak boleh ketawa banyak tapi InsyaAllah boleh buat orang ketawa,”kongsinya. Sebelum ini, Ebby memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan pemasangan perentak memandangkan keupayaan jantungnya kini hanya tinggal 26 peratus.

Malah injap pada bahagian penting itu juga bocor menyebabkan jantung bertambah lemah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version