EMPAT tahun menyulam cinta, pelakon Eyka Farhana belum ada perancangan menghalalkan hubungan dengan teman lelaki iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid. Eyka atau Wan Atiqa Wan Sarmizi, 28, sebaliknya memberitahu dia mahu memberi tumpuan kepada karier seninya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri. “Kalau tanya fasal kahwin memang kami belum ada perancangan ke arah itu. Orang kata belum sampai seru. Kami pun tengah sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Masih banyak lagi impian kami yang belum tercapai. Orang kata kalau jodoh tak ke mana,” katanya. Eyka berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa. Kata Eyka, apabila sudah tiba masanya dia sendiri akan menghebahkan tentang perkahwinan dengan Akhyar kepada umum.
Bercakap perancangan mengenai karier seninya, Eyka menyimpan hasrat melebarkan kerjaya ke negara jiran pada tahun hadapan. “Saya masih belum puas untuk kembangkan kerjaya dan antara impian saya tahun depan adalah untuk menembusi pasaran negara jiran (Indonesia). Nanti kalau sudah sampai seru, saya sendiri akan maklum kepada semua. Ibu bapa pun memahami dan tidak pernah bertanya apa-apa,” ujarnya. Sementara itu, Eyka juga menyimpan hasrat untuk melakonkan watak aksi memandangkan belum pernah menerima tawaran sebegitu.
Malah dia sedia menjalani sebarang latihan sekiranya diberi peluang menjayakan peranan dalam filem atau drama genre aksi. “Saya teringin berlakon dalam drama atau filem aksi. Mungkin disebabkan bertubuh kecil, susah nak dapat kepercayaan penerbit dan pengarah. Kalau ditawarkan suatu hari nanti, saya sanggup lakukan sendiri babak aksi. Tapi perlulah menjalani latihan terlebih dahulu,” kongsinya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.