Pelakon sensasi terkenal, Fathia Latiff berkongsi dirinya bakal terbang ke Gaza pada tahun hadapan dalam sebuah hantaran dimuat naik di platform Instagram miliknya, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Binti Abdul Latiff berkata dirinya bakal ke Gaza yang sedang berdepan dengan ‘genosid’ antara rentetan Israel-Palestin. Dalam hantaran tersebut, Fathia memuat naik sebuah foto seorang wanita memakai purdah serba hitam berserta kapsyen dirinya bakal ke Gaza tidak lama lagi.
Malah, pelakon berusia 36 tahun itu mendoakan agar dirinya ‘syahid’ ketika berada di sana. “Terbang ke GAZA pada tahun hadapan. Doakan saya syahid. Amin,” tulisnya ringkas. Setakat ini masih tiada sebarang penjelasan lanjut dari pihaknya kecuali hanya membalas dengan ‘insya-Allah’ pada hantaran berikutnya di Instagram. Sebelum ini, nama Fathia timbul dengan pelbagai kontroversi terutamanya bentuk wajahnya yang dikatakan semakin berubah dari rupa manis asalnya.
Malah, pelakon drama Ariana Rose juga pernah membuat permohonan maaf kepada warganet apabila ramai yang salah faham yang menyangka bahawa dirinya kini seorang pengamal undang-undang disebabkan kapsyen yang disertakan dalam satu muat naik gambar. Jelas Fathia, dia sebenarnya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman dan bukanlah peguam bertauliah. Fathia berkata, salah faham tersebut sebenarnya tidak disengajakan. Dia juga akui terlepas pandang berkenaan hal itu. Oleh itu, dia dengan rendah hati memohon maaf di atas isu terbabit yang telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.