Pelakon, Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada pilihan hatinya Athira Yuhada dalam satu majlis yang diadakan di Shah Alam pada Jumaat malam. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi yang mengenakan baju melayu berona putih kelihatan begitu tenang ketika dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada iaitu Encik Abu Bakar di Glass House Event Space, Glenmarie, Shah Alam. Dengan hanya sekali lafaz, pelakon drama ‘Melastik Ke Hatimu 2’ itu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pihak Athira.
Terdahulu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira menjadi bualan hangat warganet selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka tular. Menerusi butiran tersebut, majlis resepsi pasangan terbabit dipercayai bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Shah Alam. Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada. Bagaimanapun, Hafidz dilihat tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan bakal berkahwin dengan Athira dan memilih untuk mengunci mulut.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.