Teringat saat susah senang bersama, isteri Ibnor Riza akui terpaksa menerima takdir yang suami sudah tiada

PEMERGIAN suami tercinta Allahyarham Ibnor Riza terlalu pahit untuk ditelan namun isteri kedua iaitu Sarimah Sulaiman terpaksa menerima takdir itu dengan hati terbuka. Sukar diluahkan dengan kata-kata, Sarimah atau lebih dikenali sebagai Seri, 51, sebak tatkala mengenang kembali momen indah bersama suami sepanjang 14 tahun perkahwinan mereka. Sehari selepas pemergian suami tercinta, Seri berkata dia teringat saat susah senang bersama, malah lagu-lagu dendangan Allahyarham juga terngiang-ngiang di telinga.

“Saya bersama arwah setiap hari, daripada dia sihat sehingga jatuh sakit dan tidak sedarkan diri. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya apabila kehilangan seorang suami. Kami sama-sama bertemu dalam bidang seni. Kehidupan kami juga banyak melibatkan dunia seni. Saya asyik terdengar lagu-lagu arwah di telinga, namun dia sudah tiada. Sebagai umat Islam, kita kena reda menerima ketentuan ini. Allah lebih sayangkan dia. Walau pahit, saya kena kuat untuk teruskan hidup,” katanya ketika dihubungi.

Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur, pada pukul 3.30 petang Ahad. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. “Syukur urusan terakhir arwah berjalan lancar. Saya hanya melihat pengkebumian menerusi video kerana tidak elok untuk kaum wanita ke tanah perkuburan.

“Dia mahu disemadikan di kampungnya sendiri berdekatan dengan kubur arwah ibu dan bapanya di sini (Negeri Sembilan),” ujarnya. Ibnor sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dua kali menjalani pembedahan bagi membuang air di bahagia kepada susulan sel knsr limfoma yang mula merebak ke otak. Untuk rekod, Ibnor dan Seri mendirikan rumah tangga pada 2009 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Seri juga merupakan seorang penyanyi dan peserta program Kilauan Emas musim ketiga pada tahun 2013. Ibnor juga memiliki seorang cahaya mata perempuan bersama isteri pertamanya, Norhayati Md Nor.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version