Seorang individu meminta orang ramai berhenti menunding jari dan meletakkan kesalahan di atas bahu ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang ditemui mt, baru-baru ini. Menurut individu yang dikenali sebagai Khairul Abdullah, dia yang juga mempunyai seorang anak autism berusia 6 tahun berkata, tuduhan seperti cuai yang didakwa segelintir warganet akan ‘membnh’ semangat ibu kanak-kanak terbabit.
“Aku juga ada anak autism, aku ada anak umur 6 tahun. Aku ayah yang bersendirian membesarkan anak-anak. Aku faham betapa ralat dan bersalahnya perasaan seorang ayah dan apatah lagi ibunya. Tengok video ayahnya pengsan dan ibunya menjerit, Allahuakbar. Aku mohon, janganlah meletakkan kesalahan pada ibunya. Janganlah kalian salahkan ibunya, jangan sesekali. Elakkan komen “cuai” “kerana kecuaian” dan sebagainya. Tuduhan cuai itu seolah menikam dan membnh ibunya pula. Kalian yang tiada anak begitu (autism), kalian takkan faham.”
Khairul berkongsi luahannya itu menerusi satu hantaran panjang lebar di Facebook miliknya. Dalam hantaran sama, Khairul turut berkongsi pengalamannya dalam mengurus anak autisme. Menurutnya, anaknya juga sering melakukan hal yang sama seperti arwah Zayn yang suka bersendirian, ‘tantrum’ dan adakala menghilangkan diri secara tiba-tiba. “Mengikut cerita, Rayyan pulang sekolah dan dibawa ibu ke taman permainan sekejap, namun selepas diajak pulang dia tidak berpuas hati, mungkin mahu bermain lebih lama.
Jadi, Rayyan “tantrum” disebabkan keinginan tidak dipenuhi atau juga “meltdown” apabila dia gagal mengawal emosi dan tidak melakukan stimming. Anak begini biasanya akan lari mencari space atau ruang untuk stimming dan regulate emosi diorang. Anak aku juga begini. Dia akan menghilangkan diri, cari tempat yang tersembunyi dan terkepung (confine space) untuk dia duduk berdiam dan regulate emosinya dengan melakukan “stimming”.
Dia memang tidak mahu diganggu dan tidak mahu dijumpai oleh sesiapa. Jadi kalau dipanggil tidak akan sahut. Dia hanya akan menutup telinga dan berdiam diri sehinggalah emosinya kembali stabil dan dia dah ok. Kalau panggil, kalau jerit pekik, lagilah dia tutup telinga dan berdiam diri sebab “sensory overload.” Dia akan memilih untuk terus menutup telinga dan berdiam diri. Adalah sukar untuk mencari anak autism seperti anak aku ini jika dia memilih untuk lari dan bersembunyi. Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku.”
Dalam hantaran sama, Khairul turut mendoakan arwah Zayn ditempatkan bersama kalangan yang beriman selain mendoakan keluarga mngsa kuat mengharungi ujian. Terdahulu, Zayn yang berusia enam tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai. Kehilangan Zayn itu mula disedari ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan. Zayn kemudiannya ditemui oleh penduduk kawasan sekitar yang melakukan operasi pencarian di anak sungai berhampiran apartmen tersebut.
Hasil siasatan yang dibuat pihak polis mendapati, anak syurga itu mt akibat dibnh selepas terdapat kesan luka mempertahankan diri pada tubuh mangsa. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.