Bacaan gula tinggi, anak M Daud Kilau kongsikan keadaan bapa makin teruk sejak 3 hari lepas

Berita pemergian penyanyi legenda, Datuk M.Daud Kilau pada Isnin merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri seni tempatan. Manakan tidak, Allahyarham M. Daud yang terkenal dengan imej unik dan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek, Gila Jdi dan Perigi Biru itu antara yang sering menjadi perhatian peminatnya. Menurut anak sulungnya, Noraini Muhammad Daud, 58, berkata, arwah mula mengadu sakit kepala yang teruk pada malam Selasa lalu sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) dengan ambulans.

“Sepanjang perjalanan ke hospital itu, ibu saya beritahu ayah sudah tidak sedarkan diri. Sampai di hospital, doktor beritahu bacaan gula dalam drhnya tinggi dan perlu dimasukkan ke wad dan dipakaikan mesin bantu pernafasan pada malam itu juga. Sepanjang seminggu ayah di wad, ada hari dia sedar, ada hari dia tak sedar. Waktu sedar, kita dah tak boleh faham apa yang dia cakap,”katanya. Tambahnya lagi, arwah bapanya itu sepatutnya menjalani operasi memotong kedua belah kaki akibat jangkitan kuman, namun ia ditunda sebanyak tiga kali berikutan keadaan kesihatannya yang tidak stabil.

“Sepatutnya hari Isnin ayah buat operasi tapi keadaan kesihatannya semakin merosot, doktor beritahu jantung ayah semakin lemah, jadi tak jadi buat pembedahan. Jam 4.30 petang tadi ayah mula tercungap-cungap,” jelasnya. Terdahulu, Allahyarham disahkan pergi menghadap illahi jam 4.46 petang tadi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jnzh M. Daud dimandikan dan dikafan di Hospital Teluk Intan (HTI)  sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version