Selebriti terkenal, Neelofa bersyukur apabila anak sulungnya, Muhammad Bilal sudah mengenali huruf-huruf dalam bahasa Arab, selawat dan beberapa surah pendek. Hal tersebut dikongsikan Neelofa di Insta Story miliknya dengan mengatakan berasa bangga kerana sebagai ibu dia sangat mementingkan konten yang ditonton anaknya.
“Sebagai seorang ibu, saya tak tahu nak cakap bangga macam mana tah, Bilal boleh sebut satu satu huruf hijaiyah (tulisan arab). Konten-konten memang saya akan ambil dan pilih untuk dia tengok. Di usia satu tahun 10 bulan, masyaAllah dia boleh mengira 1 hingga 20, boleh kenal huruf ABC kecil dan juga huruf besar, surah al-Fatihah, selawat dan أ ب ت dan beberapa surah pendek,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, apa yang ingin disampai isteri kepada pendakwah dan usahawan, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28 atau PU Riz itu adalah ‘screen time’ dan konten yang ditonton anak-anak sangat penting, walaupun sebagai ibu bapa memang agak penat dalam mengawal hal tersebut. Namun, kepenatan dan usaha berkenaan berbaloi apabila anak-anak cepat mempelajari ilmu baru lebih-lebih lagi di usia yang masih kecil. Di akhir perkongsian tersebut, Neelofa sempat mendoakan agar semoga anak anak kita semua sentiasa dalam jagaan, perlindungan dan pengawasan oleh Allah S.W.T.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka kini memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal bakal berusia 2 tahun pada tahun hadapan dan Abdullah Abbas, lima bulan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.