Ada yang cakap Aeril dan Wawa Zainal menunjuk sebab muat naik video bayar zakat, sekali ini penjelasan dari PU Amin

Kejayaan pasangan selebriti dan jua usahawan terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bayar zakat lebih RM1juta zakat perniagaan telah mendapat perhatian ramai sehingga dituduh menujuk. Mana tidaknya, jumlah berkenaan cukup besar dan pastinya keuntungan yang diraih syarikat mereka juga lumayan sehingga mampu membayar zakat dengan angka yang begitu luat biasa. Walaupun Aeril berkongsi momen membayar zakat itu dengan menyertakan sekali kapsyen seperti berseloroh, namun ramai yang menzahirkan rasa syukur melihat pasangan berkenaan menjalankan tanggungjawab agar dapat membantu lebih ramai yang memerlukan.

Susulan daripada tuduhan yang mengatakan Aeril dan Wawa seakan menunjuk sewaktu membayar zakat, pendakwah selebriti, PU Amin yang sempat meninggalkan komen di ruangan Instagram mereka memaklukkan yang ibadah terbabit seharusnya diuar-uarkan. Ia sekali gus menjadi pemacu  untuk sama-sama berjaya dan membayar zakat agar lebih ramai masyarakat yang dapat dibantu di masa akan datang.

“Barakallah, zakat harus diuar-uarkan, moga Allah kayakan legasi Wawa dan Aeril, moga Allah pelihara segalanya,” tulisnya. Sebelum ini, Aeril telah mendapat penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana membayar zakat melebihi RM50,000. Walaupun pernah dituduh menunjuk-nunjuk, kenyataan tersebut diperbetulkan kerana zakat sememangnya harus diumumkan sebagai satu bentuk teladan, berbeza dengan sedekah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version