Lepas kena kritik teruk dengan warganet, Pihak pengurusan Sambal Nyet Khairi keluarkan kenyataan macam ni

Produk Sambal Nyet yang didakwa ciplak hampir mirip dengan Sambal Nyet Berapi keluaran pempengaruh, Khairul Aming tampil memberi kenyataan berhubung isu ‘panas; yang menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini. Menerusi hantaran dimuat naik di platform Facebook, pihak pengurusan Sambal Nyet berkenaan berterima kasih kepada orang ramai kerana begitu prihatin mengambil berat mengenai kontroversi semasa. Dalam pada itu, pihaknya juga telah melantik syarikat guaman untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

“Kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai isu yang timbul. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang kami. Buat masa sekarang, kami telah melantik Mr. MW Chan dan rakan kongsi untuk menangani isu ini dengan cara yang betul,” tulisnya dalam hantaran di Facebook, hari ini. Pihak produk berkenaan juga meminta untuk diberikan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah berbangkit secara tenang tanpa gangguan. Sekali lagi, Sambal Nyet yang didakwa ‘ciplak’ keluaran Khairul Aming berterima kasih atas keprihatin orang ramai meluangkan masa terhadap mereka.

Terdahulu, beberapa gambar produk yang hampir mirip dengan Sambal Nyet telah tular di media sosial dan dijual meluas di atas talian. Ramai yang mengakui tertipu dengan produk tersebut memandangkan packaging dan cara mempromosikannya menyamai Sambal Nyet Berapi keluaran Khairul Aming. Susulan itu, Khairul Aming telah mengenalpasti penjual terbabit dan peguamnya sudah menghantar letter of demand (LOD) untuk pencabulan Hak Harta Intelek dan Penghapusan.

Difahamkan, usahawan itu juga menyenaraikan lapan tuntutan dan jika mereka (pihak berkenaan) gagal penuhi kesemuanya, kes akan dibawa ke peringkat seterusnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version