Selepas isu harga seekor sotong manis yang didakwa harga tidak masuk akal, kali ini timbul pula harga hidangan roti canai yang mencetuskan perdebatan warganet. Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah memuat naik gambar harga roti canai yang dipesannya di sebuah kafe hotel di Genting Highlands. Menerusi gambar resit yang dipaparkan, dapat dilihat pesanan nasi lemak, roti telur, roti canai kosong dan dua menu lain. Jumlah keseluruhan termasuklah cukai perkhidmatan 6% adalah sebanyak RM45.
Apa yang mengejutkan apabila pengadu mendapati harga sekeping roti canai kosong berharga RM9 dan sekeping roti telur pula berharga RM11. “Roti di awangan berterbangan. Roti 1,800 meter,” katanya. Hantaran tersebut turut tular di platform lain dan mendapat pelbagai reaksi warganet mengenai harga ‘kayangan’ yang dikenakan oleh kafe tersebut. Warganet mempertikaikan harga yang dikenakan agak melampau apabila menu itu dihidangkan di pusat peranginan popular.
Lantaran itu, ada yang mengadu untuk pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan mengenai harga yang didakwa tidak logik. Bagaimanapun, segelintir warganet mendakwa menu yang dihidangkan di kafe hotel bertaraf lima bintang sememangnya begitu. Mungkin tiada tindakan diambil kerana ia bukanlah bawah kawalan harga dan pelanggan mempunyai kebebasan untuk membeli atau tidak.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.