Syifa Melvin muat naik gambar kenangan dengan mertua, Ayah Safawi Rasid pergi menghadap illahi

BAPA kepada pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid iaitu Rasid Sulong dilaporkan pergi menghadap illahi pada pagi Jumaat. Safawi, 26, berkongsi berita sedih pemergian bapa tercinta itu menerusi Instastory miliknya. “Assalamualaikum, mohon sedekahkan al-Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat,” katanya. Safawi bagaimanapun tidak menyatakan punca pemergian bapanya itu.

Sementara itu, isteri Safawi iaitu Syifa Melvin atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, menerusi Instastory turut memuat naik foto bersama Allahyarham reda atas pemergian bapa mentuanya itu. “Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti. Al-Fatihah,” ujarnya. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version