Hormat pada negeri yang terlibat dengan banjir dan tanda solidariti pada Palestin, tiada sambutan ambang tahun baharu

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak bercadang untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024. Memetik laporan Harian Metro, ia sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang kini ditindas oleh rejim zionis Israel dan bagi menghormati beberapa buah negeri yang terlibat dengan banjir. “Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di sini, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam akan mengadakan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad di Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebagai alternatif bagi masyarakat Islam Malaysia yang lazim menyambut Tahun Baharu Masihi. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version