Pengacara Sherry Alhadad berkata, keluarganya tidak pernah memaksanya untuk menamatkan zaman bujang malah, status solo tidak mengganggu kehidupannya. Menerusi laporan Harian Metro, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad memberitahu, ibunya tidak pernah bertanya soal perkahwinan kepadanya. “Rasanya mak saya pun gembira sebab saya yang selalu bawa dia ke mana-mana sejak kakak dah berkeluarga. Mak akan hubungi saya dan saya juga okay saja untuk bawa ke lokasi yang ingin dituju.”
Berbicara soal masa depan, Sherry mengakui dia sentiasa berfikir soal jodoh. “Sebelum tidur saya selalu berdoa dan rakan-rakan juga mendoakan perkara yang sama buat saya. Tapi, mungkin belum sampai lagi ke arah itu untuk berjumpa orang yang dicari. Jodoh ini rahsia Allah dan saya sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan orang baik yang sudi mengambil saya sebagai suri hatinya.”
Tambah Sherry, dia mengimpikan kehidupan yang sama dengan orang lain iaitu mahu berkahwin dan mempunyai anak. “Buat masa ini masih tiada sesiapa yang mendekati, namun bukan kerana saya memilih. Saya seorang yang ‘simple’ dan sudah berusia. Sekarang bukan waktu sesuai untuk berkenalan macam dulu. Saya dah tiada masa nak ‘dating’ dan sudah lambat. Jika betul suka dan ingin berkenalan dengan saya, datang jumpa dan terus terang.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.