Ada individu yang cakap wajah hodoh, Shikin Maembong nekad nak ambil tindakan saman

DICERCA mempunyai wajah yang hodoh, isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish enggan lagi berdiam diri dengan penghinaan dilemparkan terhadapnya. Enggan berbalah panjang, Shikin Maembong, 40, sebaliknya mahu terus mengambil tindakan saman terhadap individu yang meninggalkan komen berbaur penghinaan kepadanya. “Orang macam ini tunggu surat saman ya. Ingat polis tak boleh kesan ke ini siapa,” katanya.

Shikin memberi respon itu terhadap komen seorang netizen yang memintanya memakai hijab kerana mempunyai wajah yang hodoh di Instagram. Dalam pada itu, Shikin berkata, dia sudah hilang sabar dengan komen negatif warganet yang disifatkan sebagai pembuli siber. Tambah kakak kepada pelakon Emma Maembong itu, dia juga bakal mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Tak tahu la apa yang dia marah sangat. Saya sudah cukup dengan orang yang nak bli saya. Tunggu saya ke SKMM buat laporan,” ujarnya. Sebelum ini Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail mendedahkan dia menderita masalah saraf iaitu Bell’s Palsy yang menyebabkan wajahnya senget sebelah sejak 12 tahun lalu. Shikin berkata, ramai mencerca wajahnya yang senget sebelum ini dan hanya mampu berdiam diri.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version