Terkini KKM maklumkan orang ramai dah boleh dapatkan suntikan vaksin sinovac secara sukarela

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 secara sukarela di mana ia boleh dilakukan di 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di klinik kesihatan seluruh negara. KKM menerusi kenyataan berkata, buat masa ini, hanya vaksin Sinovac sahaja yang tersedia di PPV terlibat dan orang ramai boleh mendapatkan senarai PPV di dalam aplikasi MySejahtera. “Sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan kepada bilangan PPV, KKM akan mengemaskini maklumat tersebut dari semasa ke semasa,” maklum kenyataan hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzukefly Ahmad berkata, orang ramai boleh walk-in atau membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini. . Tegas KKM, pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela dan golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi digalakkan mendapatkan dos penggalak di PPV berhampiran.

Maklum beliau lagi, vaksin Covid-19 yang tersedia di negara ini berkesan untuk melindungi masyarakat daripada komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti. Pihak KKM turut menyarankan orang ramai memainkan peranan penting dalam menjadi masyarakat bertanggungjawab untuk melindungi diri daripada jangkitan. Bukan itu sahaja, orang ramai dinasihati agar tidak menularkan Covid-19 kepada orang lain dengan mengamalkan 3W (amalkan Wash, Wear dan Warn) dan mengelakkan 3S (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version