Muat naik video teaser lakonan, Syafiq Kyle dan Mimi Lana buat ramai yang tertanya tanya

Pelakon Mimi Lana telah menjadi perhatian peminatnya serta-merta selepas memuat naik sebuah video teaser yang dilakonkan bersama aktor kacak, Syafiq Kyle. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mimi memuat naik video iklan yang memaparkan aktress itu menjadi seorang isteri kepada Syafiq. Video yang berlatarkan dialog luahan hati dan perasaan sebagai seorang isteri disamping memaparkan pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata. Klik sini untuk lihat video.

“Aku tertanya-tanya, setiap pengorbanan aku selama ni, setiap kepayahan, aku pendam sendiri. Hati aku, macamana?” katanya. Hantaran Mimi dipenuhi tanda tanya daripada para peminat yang mahukan jawapan daripada pelakon berusia 28 tahun itu berkenaan hubungan terkini mereka berdua. Dalam pada itu, terdapat komen yang berseloroh bertanya adakah iklan itu rehearsal  buat Mimi dan Syafiq sebagai pasangan hidup.

Lebih mengujakan, Syafiq juga memuat naik video iklan yang sama di Instagramnya namun berlatarkan suara aktor itu sebagai suami. “Aku tertanya-tanya, bila masanya kita jadi keluarga. Aku korbankan hati dan perasaan untuk orang yang aku sayang. Tapi hati aku macamana?” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen perkongsian Syafiq, rata-rata peminatnya juga berseloroh meninggalkan komen dan mereka juga tertanya-tanya maksud di sebalik hantaran berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua pelakon ini menulis kapsyen yang sama sekaligus membawa maksud ia merupakan momen terindah antara mereka. “Momen terindah. Saya doakan anda juga nikmati momen terindah bersama keluarga…,” tulis mereka. Kedua-dua pasangan sensasi ini memuat naik video iklan ini beberapa jam lepas dan mereka masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan hantaran tersebut. Terdahulu, Mimi dan Syafiq telah mengikat tali pertunangan pada awal tahun ini namun membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

Namun, kedua-dua pihak enggan berkongsi punca sebenar majlis tersebut dibatalkan seminggu sebelum tarikh pernikahan mereka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version