Tempat hiburan baru buka di Rawang, warganet puji semangat orang ramai yanggup beratur berpanas hujan

Tempat hiburan yang baru dibuka di Rawang, Skyline Luge baru-baru ini dipenuhi pengunjung walaupun hari hujan. Menerusi satu perkongsian video di Platform X, dapat dilihat pengunjung meneruskan aktiviti seperti biasa walaupun cuaca dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Perkara itu meraih perhatian warganet, di mana rata-ratanya kagum dengan kegigihan rakyat Malaysia yang sanggup bertahan dalam hujan demi berseronok. Klik sini untuk lihat video.

Antara komen yang diterima: “Aku kadang-kadang kagum dengan kegigihan rakyat Malaysia,” “Orang Malaysia punya semangat ni lain macam,” “Sanggup berhujan untuk berseronok di taman hiburan ni.” Sekadar info, Skyline Luge telah dibuka untuk orang ramai pada 9 Disember lalu dan tiket dijual bermula daripada harga RM20. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version