Tuntut penjelasan terperinci dari pihak pengurusan, Kaka Azraff luah rasa terkilan bila kontrak ditamatkan

Penyanyi Kaka Azraff menuntut penjelasan jelas dan terperinci daripads pihak pengurusan Warner Music Malaysia berhubung penamatan kontraknya sebagai artis naungan label tersebut. Menerusi sidang media yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, Mutiara Damansara pada Rabu, Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff akur dengan keputusan yang telah dibuat namun berasa terkilan kerana ianya berlaku secara tiba-tiba pada 1 Disember lalu.

“Saya percaya rezeki Allah itu luas tapi saya terkilan kerana ia ditamatkan sedemikian rupa, secara tiba-tiba, tanpa menyatakan sebab dengan jelas atau ruang perbincangan, walaupun tempoh notis diberikan adalah selama 30 hari. Menjelaskan mengenai skrin tangkap layar yang tular baru-baru ini, Kaka memaklumkan bahawa Direct Messsage (DM) kemungkinan ditularkan oleh penerima DM tersebut. Saya menghantar DM tersebut setelah saya menonton video propaganda Israel yang dikongsikan di dalam InstaStory seorang pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic, menggambar kononnya Israel tidak bersalah dan orang-orang Gaza yang sengaja memilih pemergian.

Tapi secara ringkasnya, video itu memaparkan keadaan di Israel, dengan komen, ‘we choose life’ dan kemudian memaparkan keadaan di Gaza dengan komen ‘but they choose dth’.” Penyanyi berusia 34 tahun itu kemudian menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mendakwa orang-orang Arab dan Islam di Gaza yang memilih untuk mti, sedangkan Israel yang menjajah, menyrng dan membnh mereka. Ujar Kaka lagi, tindakan itu dilakukan atas naluri kemanusiaan.

“Saya akui mungkin pilihan kata-kata saya itu agak keras, tetapi itu menggambarkan kemarahan saya pada waktu itu (bahkan sehingga kini pun), menyaksikan ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku di hadapan mata seisi dunia waktu ini. Mungkin, saya seharusnya memilih kata-kata yang lebih sopan, saya tidak nafikan hal itu. But I’ve said what I’ve said dan saya tidak ingin memandang ke belakang.” Dalam pada itu, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu menegaskan bahawa dia bukanlah anti-semite malah tidak bersifat perkauman.

“Saya serahkan isu perundangan penamatan kontrak saya itu kepada peguam saya. Saya sahkan, memang notis penamatan telah dikeluarkan oleh Warner Music Malaysia. Kalau sudah ditamatkan, maka saya terima dan akur terma-terma penamatan itu akan diperhalusi oleh peguam saya dan saya juga terbuka kepada sebarang perbincangan, sekiranya perlu.” Terdahulu, nama penyanyi terkenal Kaka Azraff menjadi bualan hangat di media sosial berikutan meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Susulan daripada itu, syarikat rakaman Warner Music mengesahkan telah menamatkan kontrak Kaka yang menjadi artis naungan label itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version