Sedih bila tengok banyak isu selebriti berpisah, Wawa Zainal minta warganet doakan hubungan dia dan suami

Sejak kebelakangan ini, banyak berita mengenai isu keretakkan rumah tangga dalam kalangan selebriti mahupun pempengaruh media sosial. Susulan itu, pelakon dan usahawan Wawa Zainal turut meluahkan kegusarannya dengan berita sedemikian. Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Wawa berkongsi video yang memaparkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Aeril Zafrel. Pada hantaran itu, Wawa mengakui sedih mendapat berita tentang perpisahan walaupun sudah terbina lama.

“Sedih la ramai betul berpisah even dah 10 years 15 years kahwin,” tulisnya. Dalam pada itu, Wawa juga memohon orang ramai supaya mendoakan rumah tangganya kekal selamanya. “Korang doakan hubungan ini kekal sampai bila-bila,” katanya lagi. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version