Takut sebab tak buat fisioterapi, Zamani dedah rasa ada benda terkeluar di bahagian belakang

Selepas menjalani operasi bagi membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada November tahun lalu, vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim mendedahkan kesihatannya kini semakin stabil. Bagaimanapun, penyanyi berusia 52 tahun menyatakan dia sudah merasa kesakitan pada tubuh badannya jika jadualnya terlampau padat dengan kerja. Memetik laporan Harian Metro, Zamani memberitahu dia akan berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan pada 21 Disember ini. “Bila saya padat bekerja terasa sakit juga, rasa ketat dan rasa ada benda terkeluar di bahagian belakang. Saya akan jumpa doktor untuk pemeriksaan pada 21 Disember ini.

Sebelum ini tak jumpa doktor. Saya telefon doktor beritahu benda ini dan akan pergi selepas menjayakan persembahan di Pesta Pulau Pinang. Saya tak pasti masalah ini besar atau kecil dan itu sebabnya saya nak kena jumpa doktor untuk tengok sama ada antara tempat ikat benang ataupun benda lain.” Tambahnya lagi, dia berasa takut kerana tidak melakukan fisioterapi selepas mendengar pengalaman salah seorang daripada peminatnya yang terpaksa melakukan operasi tulang belakang buat kali kedua.

Pelantun lagu Gerimis Mengundang itu turut memberitahu dia terpaksa menolak beberapa tawaran disebabkan masalah kesihatannya selain kumpulan Slam yang kini kembali aktif. “Saya beli basikal untuk buat senaman sendiri di rumah. Berjumpa doktor itu tidaklah. Salah seorang peminat saya yang ada masalah sakit belakang dan dah buat operasi, tapi sekarang kena buat semula. Bila isu itu timbul, saya mula rasa takut kerana tak buat fisioterapi. Jadi selepas ini saya akan mula jumpa doktor. Sebenarnya sekarang pun saya dah mula kurangkan aktiviti seni.

Banyak juga tawaran datang tapi saya tak ambil semua. Pertamanya sebab kesihatan dan keduanya sebab Slam dah aktif semula. Saya rasa tanggungjawab saya untuk seimbangkan. Takut nanti masa konsert orang tak nak datang. Jadi kena terima hakikat itu. Bila dah buat banyak show, orang takkan nak datang tengok konsert. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version