Hubungan antara anak kepada pelakon terkenal, Zarina Zainuddin iaitu Azal dengan pasangannya, Rahmah sudah putus di tengah jalan. Berita ini dimaklumkan oleh Zarina sendiri apabila dia memuat naik satu hantaran tangkap layar mesejnya bersama Rahmah. Wanita asal Indonesia itu sebelum ini dalam proses mengenal hati budi anak autisme Zarina Zainoordin iaitu Muhammad Raizal Azrai atau lebih mesra dipanggil Azal.
Menerusi tangkap layar tersebut, Rahmah menghantar mesej kepada Zarina dan bertanya khabar mengenai Azal namun wanita itu seperti merajuk kerana Azal sendiri seolah-olah melupakannya. “Azal lupa dengan saya ya? Tak pernah ada kabar. Nanti saya kembalikan cincin yang Azal kasih ya.” Di ruangan kapsyen, Zarina memberitahu bahawa anaknya mungkin tidak memahami maksud Rahmah. Dia mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Rahmah.
“Mungkin Azal tak faham maksud Rahmah. Dia iya iya kan sahaja. Dah la Rahmah itu baik, saya pun dah jatuh sayang dengan dia.” Dalam kapsyen yang sama, Zarina seolah-olah reda soal jodoh anaknya dan dia berjanji akan menjaga Azal selagi hayat dikandung badan. “Kalau ada jodoh adalah, kalau tiada saya jagalah Azal selagi nyawa saya ada.” Zarina ada memuat naik satu hantaran mengenai Rahmah dan Azal sebelum ini namun hantaran itu telah pun dipadam. Walau bagaimanapun, Zarina memuji sikap baik Rahmah kerana memulangkan semula barang-barang yang telah diberikan sebelum ini. Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Azal dipertemukan dengan jodoh yang boleh menerima keadaan Azal.
Untuk rekod, sebelum ini Zarina pernah memaklumkan kepada umum bahawa Azal dalam fasa mengenali seorang wanita Indonesia yang bekerja di Singapura namun hubungan mereka tidaklah begitu serius. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.