Nama pasangan TikTokers iaitu Venny dan suaminya, Akash Elahi pernah menjadi perhatian ramai susulan tular kisah wanita itu disahkan hamil anak kedua selepas empat bulan melahirkan cahaya mata pertamanya melalui kaedah czer. Namun baru-baru ini, timbul pula satu isu yang kurang enak didengar apabila pasangan romantis itu didakwa sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing. Venny sebelum ini pernah memuat naik di IG Story menunjukkan satu dokumen pisah yang telah ditandatanganinya. Malah, wanita itu turut mendakwa punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan si suami bermain kayu tiga.
Namun dakwaan itu disangkal oleh Akash malah lelaki itu menyifatkan apa yang berlaku adalah disebabkan sikap Venny sendiri yang kasar, tidak bertanggungjawab dan terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga mengabaikan anak-anak. Tidak terhenti di situ, Akash juga mendakwa dia sering dikasari oleh Venny di rumah mahupun di tempat awam termasuk wajahnya diludah. Venny juga dikatakan sering keluar rumah selama berhari-hari setiap kali berlakunya perselisihan faham antara mereka.
Akash akui dia sudah cuba sedaya upaya untuk mendidik Venny menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik namun gagal. Dan kini Akash akui sudah hilang kesabaran dan membuat keputusan untuk berpisah. Bagaimanapun, Akash berkata dia akan mengambil sepenuh tanggungjawab dalam menjaga keperluan dan kebajikan anak-anak dan bekas isterinya itu meskipun mereka sudah berpisah.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.