Personaliti media sosial, Ameera Khan menitipkan doa berkenaan jodoh ketika berada di perkarangan Masjid Nabawi, Mekah bersama ibu tercinta, Datin Noor Kartini serta ahli keluarga lain. Menerusi video yang dimuat naik Noor Kartini, Ameera meninggalkan komen dengan mendoakan agar dirinya dijodohkan dengan lelaki yang beriman, soleh serta mempunyai peribadi yang mulia. Kata Ameera atau lebih mesra disapa LMK, dia juga menginginkan calon suami yang menyayangi dirinya sepenuh hati. Klik sini untuk lihat video.
“Doakan baby dapat jodoh yang beriman, yang hatinya putih, bersih, baik, lembut dan bercahaya. Rezekinya yang luar biasa dan istimewa, orangnya pemurah, beradab dan penyayang, dimulia dan dihormati oleh orang-orang sekelilingnya. Dan yang paling penting yang sayang baby lebih pada baby sayang dia.” Dalam pada itu, adik kepada selebriti terkenal Neelofa berharap agar lelaki terbabit turut menghormati ibu bapa dan keluarganya serta akan setia hingga akhir hayat.
“Hormat baby, mama, daddy dan seluruh keluarga, setia dengan baby sampai jannah. Amin. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.