Pernah minta makan dengan kakak dan kawan, Asyalliee kongsikan pengalaman yang tak dapat dia lupakan

Baru-baru ini, usahawan dan juga pempengaruh media sosial, Asyalliee Ahmad mendedahkan bahawa dia pernah meminta makanan daripada kakak serta kawannya ketika mengandungkan anak sulung, Haider. Menerusi hantaran video di TikTok, Asyallie atau lebih mesra disapa Asya berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan itu ketika hadir sebagai tetamu di sebuah rancangan podcast. Menurut Asya, sejak Haider lahir, perniagaannya bersama suami mendapat sambutan yang hangat sehingga boleh mencecah sebanyak satu juta sebulan. Klik sini untuk lihat video.

“Jadi, bila Haider lahir saja, perniagaan saya meletup. Saya jual suplemen Loveliee waktu itu, jadi macam memang meletup. Boleh capai satu juta sebulan waktu itu. Rezeki yang betul-betul kami tak sangka, duit waktu itu tinggal berapa ratus saja.” Usahawan berusia 27 tahun itu memberitahu ketika mengandungkan Haider, mereka akan pergi ke rumah kakak atau kawannya untuk meminta makanan daripada mereka.

Asya berkata, pengasuh anak, kawan-kawan serta kakaknya sendiri menjadi saksi kehidupan susahnya dan suami ketika itu. “Ya masa itu makan pun minta dekat orang. salah satunya pengasuh anak tadi tuh, suami dia kawan baik suami Asya merupakan salah satu saksi. “Kawan-kawan dengan kakak pun saksi. Saya pergi rumah kakak minta makanan mereka masakkan. Pergi rumah kawan minta belanja makan saja, tak nak minta duit. Waktu itu tengah mengandung kan Haider sebab tengah mengidam nak makan kan.”

Dalam pada itu, Asya berkata dia dan suaminya menangis kerana tidak menyangka perniagaan mereka akan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas rezeki yang dilimpahkan kepada dia dan keluarga. “Selepas Haider lahir itu, perniagaan Asya meletup macam Asya dengan suami menangis tidak percaya. Asya cakap dengan suami betul ke kita ada duit sebanyak ini. macam tak sangka. Ya Rabbi, Allah itu maha baik, bila kita bersangka baik dengan Allah, Allah bagi yang baik untuk kita.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version