SIKAP pemurah dan sederhana suami membuatkan pelakon Datin Atikah Suhaime terbuka hati untuk mengenali Datuk Lokman Teh dengan lebih rapat sekitar tahun 2019 lalu. Kata Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, sejak berkawan rapat itu dia banyak belajar perkara baik yang ditunjukkan oleh suaminya itu. “Jujur saya katakan ketika awal jumpa saya suka sebab dia kaya dan kacak. Kemudian apabila kami semakin rapat, saya mula terfikir adakah harta boleh buat hidup bahagia.
“Tapi selepas benar-benar mengenalinya saya rasa tenang dan gembira… dari situ saya mula sedar bahawa kami boleh bersama meskipun mungkin tidak berharta. Saya yakin dia adalah lelaki yang terbaik. Sepanjang kami kenal juga banyak perkara baik saya yang belajar. Dia seorang dermawan dan pernah memberi telefon bimbit kepada anak jalanan. Dari situ ia juga mengajar saya untuk amalkan bersedekah,” katanya. Pada Ahad lalu, Atikah dan Lokman selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis penuh meriah berlangsung di Kuala Lumpur.
Perkenalan sekitar lima tahun lalu bermula apabila pelakon Miera Leyana memperkenalkan Lokman kepada Atikah. Tidak mahu membuang masa bercinta, Atikah mengakui dia sendiri yang meminta Lokman untuk mempercepatkan penikahan mereka. “Dari awal lagi saya dah paksa dia kahwin. Umur saya pun semakin meningkat sebab itu saya cakap kepada dia agar kami segera bernikah. Ada juga rakan-rakan yang kata Lokman tidak mahu bernikah dengan saya dan perkara itu membuatkan saya lebih pressure, tetapi dia sendiri yang terbuka hati untuk berkahwin dengan saya.
Sebelum ini pun saya pernah berkenalan dengan lelaki kaya tetapi Lokman ini berbeza. Dia tidak malu nak datang rumah flat keluarga saya di Singapura. Dia juga menghormati kedua ibu bapa saya,” ujarnya. Tambah pelakon ini dia juga kini mula berjinak-jinak dalam pengurusan perniagaan memandangkan suaminya itu merupakan sorang usahawan produk jenama Zaitun. Bercakap soal cahaya mata pula, Atikah berharap agar mereka segera dikurniakan anak dalam masa terdekat.
“Soal anak semuanya terserah kepada rezeki. Niat saya memamg mahu segera menimang cahaya mata. Usia bukan semakin muda, jadi tidak boleh terlalu merancang. Suami pernah kata agar saya tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan. Tetapi saya mahu memujuk sekurang-kurangnya terlibat dalam beberapa projek setahun. Saya juga banyak belajar tentang pernigaan. Siapa tahu selepas ini mungkin saya juga boleh bergelar usahawan,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.