Baru-baru ini, tular beberapa video TikTok dan tangkap layar yang memaparkan seorang pelajar tingkatan satu yang seakan-akan bangga dengan keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik bagi pelajaran Bahasa Melayu di mana dia mendapat markah 7/100. Video yang mulanya dimuat naik di TikTok itu menjadi tular di platform X dan sudah pastinya membuatkan ramai terkedu. Dalam tangkap layar itu, pelajar tersebut meletakkan kapsyen memberitahu dia lulus ujian tersebut tetapi hakikatnya, dia hanya mendapat markah kurang daripada sepuluh.
Lebih menyedihkan, banyak ruangan dalam kertas ujian itu hanya ditinggalkan kosong meskipun durasi ujian tersebut ialah selama 1 jam 30 minit. Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai yang membuahkan rasa risau terhadap pelajar tersebut, rata-rata warganet merasakan pelajar itu menjawab peperiksaan tersbut sambalewa serta tidak serius. Malah, ramai juga yang meminta agar pihak berwajib mengadakan semula peperiksaan besar seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) ataupun Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), agar tahap akademik pelajar lebih tinggi.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.