Muat naik video menari, ramai yang mula berteka teki jantina bayi Uqasha Senrose

Baru-baru ini, pelakon jelita, Uqasha Senrose berkongsi berita gembira bahawa dia dan suami, Kamal Adli bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Terbaharu, Uqasha sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila dia memuat naik video sedang menari di TikTok. Menerusi hantaran di TikTok, kelihatan Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen sedang lincah menari walaupun sedang sarat mengandung. Menurut Uqasha, dia tetap mahu menari walaupun badannya semakin besar sehingga menyukarkan pergerakan. Klik sini untuk lihat video.

“Haaaaa kan dahhh besar badan tapi kenapa muka tak naik. Dah la menari tak jadi tapi nak buat jugak. Tak pelah.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Uqasha bertambah cantik, malah ada juga yang mengucapkan tahniah kepadanya dan Kamal. Bukan itu saja, ada juga warganet yang berteka teki sama ada bayi Uqasha lelaki ataupun perempuan. Untuk rekod, Uqasha dan Kamal, 37, mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version