Semalam, kecoh mengenai pelakon Fathia Latif menyindir Zahirah Macwilson dengan mengatakan wajah aktres itu seperti pembantu rumah atau ‘bibik’. Terbaharu, pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie tampil mendedahkan perangai sebenar Fathia sewaktu mereka masih berkawan. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju mendedahkan perkara tersebut ketika dia sedang melakukan ‘live’. Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul menyatakan dia berhenti berkawan dengan Fathia disebabkan perangainya yang busuk hati.
Tambahnya lagi, Fathia akan mengungkit dan mengatakan bahawa Anju berkawan dengannya disebabkan pengikut di Instagram yang ramai. “Korang tahu apa jadi dengan Fathia, jadi ada benda Anju nk cerita sikit. Kalau korang tengok video tuh, itulah masalah tentang Fathia. Kalau korang ingat Anju pernah kawan dan gdh dengan dia. Inilah sebabnya. Kalau korang tengok video tuh, korang boleh rasa tak busuk hati dia? Sebab tuh Anju berhenti kawan dengan dia.
Kalau lepak dengan dia, dia akan cakap yang Anju kawan dengan dia sebab followers. Bro, umur kau berapa? Kalau orang normal dia tak cakap macam itu.” Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, dia terkejut apabila melihat Instagram Fathia yang bersungguh-sungguh mengecam Zahirah. Anju berkata disebabkan perangai Fathia seperti itu, tiada yang mahu berkawan dengannya walaupun selepas lima tahun. “Tapi, Anju agak terkejut bila tengok Instagram dia, betul-betul dia kecam Zahirah.
Jadi, sebabtuh masa dia buat Anju tuh, semua orang ‘back up’ dia, semua orang cakap Anju jahat. Masa akan tunjuk perangai dia yang sebenar. Busuk hati dia kuat sangat sebabtuh dia tak ada kawan. Lepas lima tahun pun masih tiada perubahan, sampaikan tiada orang nak kawan dengan dia. Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu mendoakan agar satu hari nanti Fathia akan berubah dan bahagia pada masa akan datang. “Saya tidak benci dia, saya doakan dia baik-baik, saya sangat berharap satu hari dia akan berubah. Saya berharap satu hari nanti dia kahwin dan akan bahagia.”
Terdahulu, Anju dan Fathia pernah berperang besar, namun berbaik semula selepas dua tahun bergaduh. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.