Cik B kongsikan momen pergi beli kereta mewah, cara dia pilih tu macam nak beli baju

Anak kepada usahawan terkenal, Dato Seri Vida iaitu Cik B mendapat perhatian ramai selepas berkongsi momen membeli sebuah kereta mewah. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin bersama ibunya, Vida dan adik lelaki, Kacak pergi ke sebuah showroom untuk membeli sebuah kereta. “Hari ini Cik B nak pergi Kuala Lumpur, ikut mama meeting dan nak beli kereta. Cik B suka Mercedes G63 6×6. Jadi jom kita tengok, ada tak yang berkenan.” Klik sini untuk lihat video.

Kelihatan Cik B dan Vida memasuki dua kereta yang dipilihnya untuk melihat keadaan hiasan dalaman kereta tersebut. Tetapi apa yang menjadi tumpuan ramai adalah gelagat anak beranak itu memilih kereta seolah-olah seperti membeli baju. Warganet juga terkejut mendengar harga kereta yang disebut oleh salesman yang mencecah jutaan ringgit. “Ini Brabus ke? Kenapa tak nak ambil Brabus? Mama lagi suka hitam yang tu tapi kereta barulah.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version