Lebih memilih cinta berbanding duit, ramai yang sebak bila Fara Fauzana jawab macam ni

MEMAHAMI situasi Fara Fauzana yang sehingga kini masih belum bertemu jodoh, peminat meluahkan rasa sebak melihat penyampai radio itu kelihatan sedih ketika diajukan soalan diminta memilih sama ada cinta atau duit. Dalam rakaman video tular itu, Fara atau Fara Fauzana Mohd Fadzil, 44, memilih cinta berbanding wang ringgit dan dilihat tidak mampu menahan air mata. “Kalau awak tanya saya, saya tidak akan pilih duit. Saya akan pilih cinta,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Rakaman video tersebut dimuat naik di aplikasi X (Twitter) Hot FM pada Khamis. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih selepas menonton video berkenaan. “Ya, kadang-kadang perempuan perlukan cinta lebih duit. Duit boleh cari dimana-mana. Kalau nak banding fasal duit, Kak Fafau (Fara) sudah tidak perlu risau. Dia sekarang hanya perlu teman hidup. Dia (Fara) sudah ada apa yang dia mahu kecuali cinta. Kadang bila tidak ada peneman di sisi, kita akan rasa sangat sunyi,” kata mereka.

Malah, ada juga di antara mereka mendoakan supaya Fara segera bertemu dengan lelaki idamannya suatu hari nanti. “Allah, semoga baik-baik sahaja untuk kamu (Fara). Fahamnya sebab keadaan kita sama. Di satu sudut rasa macam sudah putus asa. Moga kita berjumpa jodoh yang terbaik Fafau. Saya cuma berharap supaya dia berbahagia. Stay strong sis,” ujarnya. Pada September 2016, Fara mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz.

Bagaimanapun, majlis tersebut tidak kesampaian dan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsikan kepada umum. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version