Genap seminggu ada kan majlis perkahwinan, Farah Lee kongsikan detik perkenalan dengan suami

Walaupun sudah genap seminggu majlis perkahwinan diadakan, personaliti media sosial dan aktivis, Farah Lee masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet. Mana tidaknya, berita perkahwinan yang diumumkan sejak 5 Januari lalu mengejutkan ramai pihak apabila Farah memuat naik fotonya berserta kapsyen ‘Okay done kahwin lagi sekali’. Enggan membuatkan pengikutnya terus berteka-teki, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 32, secara terbuka berkongsi detik perkenalan dengan suaminya, Fuad Hashim.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan lelaki yang memiliki sifat introvert dan pemalu. Bahkan, hanya bersebelahan kampung dengannya. “Punyalah travel 40 negara cari jodoh, rupanya tengah tunggu dekat kampung sebelah sebelah. Pastu ingatkan jatuh kuda je, rupanya terjatuh cinta sekali,” katanya. Dalam pada itu, Farah memaklumkan sejak tahun 2023 dia berdoa agar dapat menamatkan zaman jandanya pada tahun 2024 setelah 7 tahun bergelar ibu tunggal.

Selain itu, dia menyeru pengikutnya agar lebih spesifik dalam berdoa memandangkan Allah akan memberikan yang terbaik melebihi apa yang diminta. “Tahun 2023 saya doa nak kahwin tahun 2024. Semua orang tanya nak kahwin dengan siapa.? Saya jawab entahlah, belum jumpa. Takpe doa dulu, supaya saya slow2 belajar untuk buka hati balik. Bla3 one year fast forward, first jumaat 2024 terus saya kahwin. Haa tak dan dan kan. Bukan korang je terkejut, diri saya sendiri pun terkejut dengan berita perkahwinan ni kahkah.

Mintalah apa yang korang nak, be specific with your doa, yet at the same time lapangkan hati untuk terima apa yang Allah takdirkan sebab Dia sentiasa tentukan yang terbaik untuk kita. Tapi always, be specific with your doa,” kongsinya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga. “I love this and May Allah protect you and bless you! Tabarakallah! “There goes misi daddy baru mata biru…mata cekelat jug arupanya. Semoga perkahwinan dirahmati Allah sehingga ke syurga. Amiin.

“Comel sangat lah. “Tahniah Farah! Nak doa kahwin hujung 2024 juga lah,” komen warganet. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version