Aiman Hakim pernah mengajak untuk berkahwin, tapi sebab ni Fathia Latiff tolak

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh pelakon Fathia Latiff tentang kisah silamnya bersama bekas teman lekakinya, Aiman Hakim Ridza. Kali ini menerusi siaran langsung di platform media sosial, Fathia mendakwa bekas teman lelakinya itu pernah mengajaknya untuk berkahwin namun ditolak oleh aktres itu. “Macam mana korang tahu dia tak cintakan saya? Korang boleh baca hati dia kah? You don’t know, sometimes when you get married to somebody pun kau tak tahu belakang belakang dorang nak pergi pergi jumpa. Saya percaya pada perkahwinan, pada saya perkahwinan itu sangat tulus, ikhlas dan bukan satu permainan.

“Sebab tu masa dia ajak saya kahwin, masa A ajak saya kahwin saya tak nak sebab pada ketika itu saya nak discover lagi mengenai kehidupan saya. Sebab pada umur saya ketika itu saya anggap masih muda dan korang yang dekat luar sana yang muda muda ni dicoverlah diri korang secepat mungkin,” ujarnya. Terdahulu nama Fathia hangat diperkatakan warganet selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik. Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.

Disebabkan itu, warganet mendakwa Fathia mengalami masalah mental dan memerlukan pertolongan. Untuk rekod, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version