Hadiahkan suami dengan barangan jenama mewah, Fatin Afeefa beri pesanan pada suami supaya jangan kahwin dua

Pelakon dan usahawan jelita, Fatin Afeefa berharap suami tersayang, Aliff Awang tidak akan bermain ‘kayu tiga’ dibelakangnya. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Aliff memuat naik foto memaparkan hadiah-hadiah barangan berjenama Louis Vuitton (LV), pemberian isteri, Fatin. Difahamkan, hadiah-hadiah tersebut adalah hasil daripada penjualan produk isterinya, Lean by FA yang laris terjual.

“Terima kasih @fatinafeefa. Allah bagi rezeki @leanbyfa,” tulisnya. Menjengah ke ruangan Instagram aktres filem Tentang Bulan itu, Fatin membalas semula hantaran suaminya itu. Katanya, dia berharap agar suaminya tidak menjadi seperti Aliff lain yang telah berkahwin dua. “Sama-sama sayang. I harap you tak kahwin lain. Jadi Aliff Awang ok, jangan Aliff lain,” ujarnya. Berita tersebut menjadi buah mulut ramai di platform media sosial, malah Aliff turut berkata harta hasil sepencarian telah diberikan sepenuhnya kepada isteri pertama, Aisyah Hijannah.

Sekadar info, Fatin dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 30 Disember lalu. Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan aktor, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun berpisah pada 30 Mei 2017. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version