Tak boleh tahan sabar, terkejut bila Fizi Ali dedah bekas isteri dah ada teman lelaki sejak belum berpisah

Penyampai radio, Fizi Ali berang dengan tindakan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang menghalang dirinya daripada bertemu dengan anak perempuan mereka, Ameena Sofia. Pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin juga meluahkan rasa kesal dengan perbuatan pelakon itu yang didakwa sering meminta simpati daripada warganet.

Dalam pada itu, Fizi, 34, mengingatkan Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri bahawa kifarah itu wujud. Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa terkilan tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi. Kemudian, bekas peserta Pilih Kasih musim kedua menyatakan Shakilla Khoriri telah menyekat nombornya kerana sudah tidak boleh dihubungi. Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak kepada mahkamah.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla pada 18 Februari 2018 namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 4. Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version