Tular sebuah video memaparkan seorang gadis putuskan hubungan dengan pasangan dipercayai kerana dimarahi oleh ibu teman lelakinya. Menerusi akaun @bckupacc99, memuat naik semula video itu di X memperlihatkan gadis tersebut meminta kebenaran wanita berkenaan untuk merakam kandungan atau konten. Namun begitu, permintaan itu dibalas dengan teguran daripada ibu teman lelaki yang seolah-olah menyifatkan gadis tersebut terlalu menonjol di media sosial. Klik sini untuk lihat video.
“Kamu ni, tak habis-habis dengan content. Expose sana, expose sini, kenapa eh? Kata ada latar belakang sekolah agama, buat bisnes memang kena menunjuk-nunjuk ke?” kata ibu teman lelakinya. Difahamkan, wanita itu kurang setuju jika anak lelakinya mempunyai pasangan yang menggunakan media sosial secara berlebihan selain menyatakan rasa tidak suka kepada gadis terbabit. “Alif tu anak tunggal mak cik, anak harapan mak cik dan mak cik tak suka bakal isteri dia yang jenis bersosial media. Mak cik tak suka kamu, lepastu tak tahu kerja apa. Alif memang dia ada gaji, memang dia berpelajaran,” ujar wanita berkenaan.
Disebabkan itu, gadis tersebut memutuskan hubungan dengan teman lelaki dipercayai atas kata-kata yang dilontarkan oleh ibu kekasihnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan ibu teman lelaki gadis terbabit kerana bagi mereka, tidak semua benda perlu dikongsi di media sosial.
Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet tinggalkan komen mendakwa bahawa perkongsian itu hanyalah konten semata-mata untuk mempromosikan bisnesnya.
Tak kisahlah situasi ni benar-benar berlaku atau sebaliknya, hal peribadi tak sepatutnya dijadikan konten semata-mata untuk menaikkan jumlah tontonan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.